SUKAN PERMOTORAN"
Pihak Malaysian Riders baru-baru ini telah berpeluang untuk berkampung selama 3 hari berturut-turut di litar Antarabangsa Sepang bagi membuat liputan mengenai secara khusus buat kejohanan SIC Ninja 250R Cup yang diwujudkan bagi menggantikan kategori sukan permotoran yang terdahulu dimana ia mengatasi sukan permotoran dengan mudah oleh jentera 2 lejang malaysia yang terkini... Namun kali ini kami tidak berminat untuk membincangkan tentang perkara sedemikian tetapi lebih kepada perkembangan yang sedang berlaku dalam arena sukan permotoran tanah air. Apa yang pasti, kami mendapati terdapat aura atau tenaga baru yang sedang membuat anjakan terhadap arena permotoran tempatan kini. Apa yang mendorong perkembangan ini berlaku dan perkembangan dari segi apa yang kami katakan ini??
Perkembangan yang dikatakan adalah dari segi kesedaran orang ramai terhadap pembanggunan sukan permotoran yang semakin serius dan mereka juga tidak lari daripada menyokong perkembangan tersebut. Apa yang pasti, orang ramai kini lebih tahu tentang kewujudan bakat-bakat tempatan yang berpotensi untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Mungkin secara terang-terangannya ia didorong oleh kejayaan dua pelumba negara yang berjaya membuktikan kualiti penunggang tempatan juga setanding penunggang luar seperti yang berlaku dalam kejohanan Moto3 dan Moto2 baru-baru ini. Ini dimana, kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin untuk memberi saingan dan dalam satu masa mendahului perlumbaan sememangnya memberi semangat baru kepada sukan permotoran tempatan kini.
Atlet wanita muda bakat perlu asah lebih banyak lagi....
Namunbegitu, sukan permotoran khususnya 2 tayar ini masih memerlukan perhatian dari pihak yang berwajib atau berkemampuan untuk Namun membantu mengurangkan kos untuk bakat-bakat muda yang boleh dicungkil untuk berkembang. Kami memuji langkah yang diambil dari pihak SIC untuk menganjurkan kejohanan 250R Ninja Cup, namun masih banyak yang boleh diperbaiki agar ia menjadi satu platform yang mudah dan lebih mesra kos kepada bakat-bakat baru. Badan koperat juga perlu memberi perhatian terhadap pembanggunan industri sukan permotoran ini dan turut mengambil bahagian untuk menjayakannya. Namun, kami menegah sekeras-kerasnya kepada pihak-pihak ini agar tidak terlalu mementingkan pulangan dalam kadar segera kerana sukan ini perlukan bantuan yang konsisten berbanding bantuan besar yang hanya datang sekali sekala. Apa pun, kami dari pihak Malaysian Riders akan sentiasa menyokong industri sukan permotoran tempatan agar ia satu hari menjadi industri yang maju di Malaysia
selangor Motor Race Championship 2013 (SMR 2013) Track Day meneruskan perlumbaan musim ini dengan venue tumpuan di kawasan barat Negeri Selangor iaitu di Kompleks Sukan Kuala Selangor di atas permintaan tinggi oleh kelompok remaja dan peminat sukan lumba bermotorsikal tempatan. Atas usaha ini, secara lansung Majlis Daerah Kuala Selangor mempunyai satu mercu tanda dan tarikan pelancongan yang baru dan seterusnya menyumbang kepada hasil ekonomi daerah tersebut. Bagi musim 2013, pihak promoter SMR 2013 telah melaksanakan beberapa pembaharuan status, format dan sistem perlumbaan. Di antaranya, SMR 2013 telah dinaiktaraf kepada tahap perlumbaan Jemputan Antarabangsa (International by Invitation) dengan membenarkan pelumba-pelumba serta pasukan luar Negara terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Selain itu, bilangan pusingan (laps) dalam satu-satu sessi perlumbaan telah ditambah kepada 30 pusingan bagi 3 kategori “Standard Modified” dan 33 pusingan bagi kategori “Marco Simoncelli Cup”. Dalam masa yang sama, pihak promoter telah menaikkan hadiah tunai kemenangan tertinggi iaitu RM 1,700 untuk setiap kategori “Standard Modified” dan RM 2,500 untuk kategori “Marco Simoncelli Cup”. Pengenalan peraturan “Standard Modified” bagi kategori SR 130 4T, SR 150 4T dan SR 150 2T telah berjaya mengatasi dilemma kos yang tinggi dalam sukan permotoran dua roda tanahair di mana peraturan tersebut telah berjaya meminimumkan kos pengubahsuain motorsikal 150cc ke bawah di antara RM 3,000 – RM 6,000 sahaja. Dengan perlaksanaan peraturan “Strip Engine” penganjur dapat memastikan perlumbaan dijalankan secara adil dan saksama. Bagi pelumba dan pasukan professional pula, pihak penganjur juga memperkenalkan kategori SR Marco Simoncelli Cup iaitu peraturan terbuka motorsikal empat lejang di bawah 150cc. Antara pasukan yang menyertai Selangor Motor Race pada musim yang adalah pasukan Motul Yamaha YY Phang, Ah Hong Yamaha Raceline, CK Racing dan Seng Motorsports