Saturday, 22 November 2014

     






           SUKAN PERMOTORAN"

  Pihak Malaysian Riders baru-baru ini telah berpeluang untuk berkampung selama 3 hari berturut-turut di litar Antarabangsa Sepang bagi membuat liputan mengenai secara khusus buat kejohanan SIC Ninja 250R Cup yang diwujudkan bagi menggantikan kategori sukan permotoran yang terdahulu dimana ia mengatasi sukan permotoran dengan mudah oleh jentera 2 lejang malaysia yang terkini... Namun kali ini kami tidak berminat untuk membincangkan tentang perkara sedemikian tetapi lebih kepada perkembangan yang sedang berlaku dalam arena sukan permotoran tanah air. Apa yang pasti, kami mendapati terdapat aura atau tenaga baru yang sedang membuat anjakan terhadap arena permotoran tempatan kini. Apa yang mendorong perkembangan ini berlaku dan perkembangan dari segi apa yang kami katakan ini??






Perkembangan yang dikatakan adalah dari segi kesedaran orang ramai terhadap pembanggunan sukan permotoran yang semakin serius dan mereka juga tidak lari daripada menyokong perkembangan tersebut. Apa yang pasti, orang ramai kini lebih tahu tentang kewujudan bakat-bakat tempatan yang berpotensi untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Mungkin secara terang-terangannya ia didorong oleh kejayaan dua pelumba negara yang berjaya membuktikan kualiti penunggang tempatan juga setanding penunggang luar seperti yang berlaku dalam kejohanan Moto3 dan Moto2 baru-baru ini. Ini dimana, kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin untuk memberi saingan dan dalam satu masa mendahului perlumbaan sememangnya memberi semangat baru kepada sukan permotoran tempatan kini.
         



                                 nama;fifi
                              Atlet wanita muda bakat perlu asah lebih banyak lagi....
Namunbegitu, sukan permotoran khususnya 2 tayar ini masih memerlukan perhatian dari pihak yang berwajib atau berkemampuan untuk Namun membantu mengurangkan kos untuk bakat-bakat muda yang boleh dicungkil untuk berkembang. Kami memuji langkah yang diambil dari pihak SIC untuk menganjurkan kejohanan 250R Ninja Cup, namun masih banyak yang boleh diperbaiki agar ia menjadi satu platform yang mudah dan lebih mesra kos kepada bakat-bakat baru. Badan koperat juga perlu memberi perhatian terhadap pembanggunan industri sukan permotoran ini dan turut mengambil bahagian untuk menjayakannya. Namun, kami menegah sekeras-kerasnya kepada pihak-pihak ini agar tidak terlalu mementingkan pulangan dalam kadar segera kerana sukan ini perlukan bantuan yang konsisten berbanding bantuan besar yang hanya datang sekali sekala. Apa pun, kami dari pihak Malaysian Riders akan sentiasa menyokong industri sukan permotoran tempatan agar ia satu hari menjadi industri yang maju di Malaysia



selangor Motor Race Championship 2013 (SMR 2013) Track Day meneruskan perlumbaan musim ini dengan venue tumpuan di kawasan barat Negeri Selangor iaitu di Kompleks Sukan Kuala Selangor di atas permintaan tinggi oleh kelompok remaja dan peminat sukan lumba bermotorsikal tempatan. Atas usaha ini, secara lansung Majlis Daerah Kuala Selangor mempunyai satu mercu tanda dan tarikan pelancongan yang baru dan seterusnya menyumbang kepada hasil ekonomi daerah tersebut. Bagi musim 2013, pihak promoter SMR 2013 telah melaksanakan beberapa pembaharuan status, format dan sistem perlumbaan. Di antaranya, SMR 2013 telah dinaiktaraf kepada tahap perlumbaan Jemputan Antarabangsa (International by Invitation) dengan membenarkan pelumba-pelumba serta pasukan luar Negara terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Selain itu, bilangan pusingan (laps) dalam satu-satu sessi perlumbaan telah ditambah kepada 30 pusingan bagi 3 kategori “Standard Modified” dan 33 pusingan bagi kategori “Marco Simoncelli Cup”. Dalam masa yang sama, pihak promoter telah menaikkan hadiah tunai kemenangan tertinggi iaitu RM 1,700 untuk setiap kategori “Standard Modified” dan RM 2,500 untuk kategori “Marco Simoncelli Cup”. Pengenalan peraturan “Standard Modified” bagi kategori SR 130 4T, SR 150 4T dan SR 150 2T telah berjaya mengatasi dilemma kos yang tinggi dalam sukan permotoran dua roda tanahair di mana peraturan tersebut telah berjaya meminimumkan kos pengubahsuain motorsikal 150cc ke bawah di antara RM 3,000 – RM 6,000 sahaja. Dengan perlaksanaan peraturan “Strip Engine” penganjur dapat memastikan perlumbaan dijalankan secara adil dan saksama. Bagi pelumba dan pasukan professional pula, pihak penganjur juga memperkenalkan kategori SR Marco Simoncelli Cup iaitu peraturan terbuka motorsikal empat lejang di bawah 150cc. Antara pasukan yang menyertai Selangor Motor Race pada musim yang adalah pasukan Motul Yamaha YY Phang, Ah Hong Yamaha Raceline, CK Racing dan Seng Motorsports



Dengan penglibatan MOTUL Malaysia sebagai penaja minyak pelincir rasmi, SMR 2013 menjanjikan aksi perlumbaan motorsikal tahap maksimum ekstrem dan lebih menarik untuk para pelumba, pasukan perlumbaan dan seterusnya kepada penonton. Dengan tagline “Racing Sampai Demam” iaitu format perlumbaan maksimum 30 pusingan untuk perlumbaan Heat 1 dan Heat 2 serta 33 pusingan untuk Final Premier, ia telah berjaya menarik penyertaan dari seluruh Negara terutamanya Negeri Selangor. Penyertaan SMR 2013 track day ialah seramai 37 pelumba baru dan lama manakala telah berjaya menarik 2,000 pengunjung tempatan mahupun luar tempatan. Kejuaraan SMR 2013 telah diisi oleh muka lama dan juga muka baru. Bagi perlumbaan Final kategori SS 130 4T telah dimenangi oleh pelumba muda Adik Amirul Hakim Mohd Rizal (15 tahun) diikuti oleh Adik Muhammad Ilyas Ahmad Fuad (16 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Adik Azroy Hakeem Anuar (14 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh En. Dahari Embong, Pengerusi Kelab DACS Selangor. Bagi kategori SS 150 4T pula, Juara telah diungguli oleh Saudara Mohd Emy Nordin Ahmad (27 tahun), naib juara oleh Mohd Shahriman Mohd Yusop (34 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Mohamed Fizwan Ridwan (28 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Kassim, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram. Seterusnya bagi kategori SS 150 2T, Juara telah disandang oleh jaguh perlumbaan 2 lejang tempatan iaitu Mohamad Kanafi Bin Kamarudin (31 tahun), diikuti rapat oleh Ustaz Muhammad Imran Zulkafli (29 tahun) dan ketiga oleh Mohd Hyzat Fandi (25 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Saudara Khairul Hafiz Salihin, Pengerusi Kelab ARC Selangor
Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa





Belia Benci Dadah

Penyalahgunaan Dadah


Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu musuh utama di negara kita. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Manakala, dadah ialah satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani, rohani, dan tingkah laku pengguna apabila digunakan. Penggunaan dadah akan menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan mabuk, khayal, ketagih serta gangguan tingkah laku. Akan tetapi,  penagih dadah menganggap dadah sebagai satu alat yang mampu membawa perasaan gembira kepada  mereka. Dengan pemikiran ini, penagih dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu, penagih dadah akan berada dalam keadaan yang susah tanpa dadah.
Bagaimanakah kita boleh mengetahui seseorang itu terlibat dalam dadah? Dari aspek fizikal, seseorang yang terlibat dalam penggunaan dadah akan sentiasa berpeluh, pening kepala, menggigil, penurunan berat badan, mata merah dan ciri-ciri lain. Dari aspek psikologi pula, penagih dadah akan sentiasa berada dalam keadaan resah dan gelisah. Emosi dan perasaan mereka akan terganggu dan menyebabkan sikap mereka berubah secara tiba-tiba. Sebagai contohnya, mereka tidak dapat tidur dengan lena, kelihatan letih, kurang selera, bercakap banyak, menghindari kawan yang tidak terlibat dalam penggunaan dadah dan mengabaikan penampilan diri. Dari aspek perlakuan pula, penagih dadah akan sentiasa ponteng kerja atau sekolah yang seterusnya menyebabkan prestasi kerja ataupun prestasi akademik mereka merosot.
            Antara faktor-faktor penyalahgunaan  dadah adalah termasuk pengaruh rakan sebaya. Sesungguhnya, rakan adalah individu yang paling dekat dan paling mudah untuk mempengaruhi. Bagi remaja yang ingin diterima oleh sesebuah kumpulan, mereka terpaksa mengikuti ajakan rakan-rakan sebaya. Remaja tersebut yang berbuat demikian adalah untuk melindungi diri sendiri supaya tidak dibuli serta diterima oleh kumpulan. Bagi remaja yang minat untuk cuba mengenali pelbagai aktiviti ataupun budaya baru dan tidak tahu membezakan antara gejala yang positif atau negatif, jadi mereka akan mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan sebaya tanpa bertimbang. Sikap remaja yang ingin mencuba meyebabkan mereka mudah dipengaruhi sekiranya rakan sebaya mengatakan penggunaan dadah boleh mendatangkan keseronokan.    
Faktor yang seterusnya ialah kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menjaga kehidupan dan kebajikan anak-anak. Akan tetapi, masyarakat kini yang bersikap materialistik seperti ibu bapa sanggup bekerja sepanjang hari sehingga mengabaikan perasaan anak-anak untuk kehidupan yang mewah. Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa akan menyebabkan anak-anak terjebak dengan aktiviti yang negatif. Sebagai contoh, remaja mudah mempercayai  individu lain yang sentiasa bersama mereka walaupun individu tersebut mempunyai niat jahat.  Perasaan dan emosi  mereka akan menjadi tidak stabil apabila menghadapi sebarang masalah atau kesusahan. Ini adalah kerana anak-anak tiada dorongan daripada ibu bapa, remaja akan kehilangan yakin diri dan mudah melakukan kesalahan seperti ponteng sekolah dan menglibatkan diri dalam aktiviti yang negatif supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.
Penyalahgunaan dadah yang berlebihan akan mendatangkan beberapa kesan negatif. Antara kesannya termasuk masalah kesihatan. Ini disebabkan oleh dadah merupakan sejenis bahan yang beracun. Penggunaan dadah dalam jangka masa panjang atau berlebihan dos boleh menjejaskan fungsi organ dalam badan serta membawa kepada maut. Melalui jarum suntikan, hasil-hasil racun dadah akan disuntik ke dalam sel-sel badan dan bersebar melalui darah. Hasil-hasil racun tersebut akan berkumpul dan merosakkan organ dalam badan manusia. Sekiranya hati dirosakkan, maka fungsi hati akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan kesihatan badan remaja berada dalam keadaan yang amat berbahaya. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga akan merosakkan sistem paru-paru, tulang dan sistem imun.  Kemautan akan berlaku apabila berlakunya kekurangan bekalan darah ke otak akan menyebabkan koma sekiranya penggunaan dadah yang melampau banyak.
Kesan yang seterusnya adalah  kesan sosial. Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi atau akademik merosot dan juga menyebabkan kehancuran dalam keluarga. Sekiranya penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah, mereka akan mengalami ketagihan dadah, hidung berair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan tersebut tidak dapat diatasi, kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Dengan ini, penagih akan mencuri, merompak ataupun memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan wang untuk membeli dadah. Jadi, penyalahgunaan dadah boleh meningkatkan kes-kes jenayah.
Beberapa langkah hendaklah diadakan untuk mengatasi masalah tersebut. Langkah pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga serta mendidik anak-anak. Kesibukan ibu bapa dalam perkerjaan mengakibatkan anak-anak itu terbiar dan bebas dari kawalan ibu bapa. Untuk mengelakan anak-anak diri dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah, ibu bapa harus memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka. dan hendaklah sentiasa  mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang digaul adalah mempunyai kedudukan moral yang baik atau tidak. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak kerana didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk. Tambahan lagi, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.
           Di samping itu, pihak media massa juga dapat menyumbang dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah ini. Sebagai contoh, pihak media massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada remaja supaya mereka tidak melibatkan diri dalam penggunaaan dadah. Hal ini kerana yang baik kita dijadikan teladan, yang buruk kita jadikansempadan. Segala rancangan televisyen, dan bahan cetak yang mengandungi adegan-adegan ganas yang boleh mempengaruhi minda remaja perlu ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan atau diterbitkan. Selain itu, pihak media massa boleh mengajurkan kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai. Misalnya,kempen-kempen kesedaran seperti 'Kempen Anti-Dadah', 'Belia Benci Dadah'boleh dianjurkan di peringkat sekolah ataupun di kalangan masyarakat.  Di samping itu, ceramah-ceramah tentang keburukan dadah juga boleh diadakan.

Kesimpulannya, usaha dalam menangani masalah penyalahgunaan dadahperlulah dilaksanakan oleh semua pihak dalam masyarakat. Saya berharap semua pihak boleh bertindak secara bersama untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan hidup.

PROGRAM LATIHAN TIDAK FORMAL MEMBINA BLOG/WEBSITE



PROGRAM LATIHAN TIDAK FORMAL MEMBINA BLOG/WEBSITE 
Kini sedang berlansung. Para peserta diajar untuk membuat blog sendiri dengan cara dan kaedah yang betul. Program ini berlansung pada jumaat lepas 21 November 2014 dan berakhir pada hari ini 23 November 2014. Seramai 11 peserta yang menghadiri kursus ini. Diharap akan ada lebih ramai lagi para belia dan remaja akan menyertai program-program yang dianjurkan seperti ini bagi mengelakkan golongan remaja dan belia daripada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan tidak berfaedah.







Sebarang pertanyaan mengenai program-program yang akan datang anjuran Kementerian Belia dan Sukan boleh menghubungi ditalian 082-243497 atau datang terus ke 

Y-Centre Kuching terletak di bangunan UTC Sarawak,Aras 2,Tingkat 5,Bukit Mata,Jalan Tunku Abdul Rahman,93100,Kuching,Sarawak.

 Dibuka setiap hari, Isnin- Ahad : 8.30pg - 8.30mlm
                                Rehat           : 1.00ptg - 2.00ptg
                                                    :11.45pg - 2.15ptg
                                (Tutup pada Cuti Umum)

Benefits of Working Out

The Y-Centre at UTC Kuching, Sarawak offers a gym that has many healthy activities for the visitors. With the convenience of various equipment, visitors will find their visit to the Y-Centre's Gym a very pleasing. Not only with the friendly staff members and the gym equipment, but with the environment in the gym as well. Suitable music is played throughout the whole time the Centre is opened. It is to increase the spirit and raise the adrenaline to the visitors that are working out. Aside from that, visitors can make new friends as this is not just merely a place to work out. It is a place to socialize as well.

So come over and work out here at UTC Sarawak's Y-Centre's Gym!

Opened from 8:30am to 8:30pm :)
























RAKAN MUDA



Program Rakan Muda telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 1994 dengan misi terasnya untuk melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara. Cabaran pencapaian misi ini ialah membentuk generasi muda yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang. Progam Rakan Muda yang dizahirkan melalui "Sembilan Gaya Hidup" mengadunkan elemen-elemen Pembangunan Minda, Pembangunan Kemahiran, Pembangunan Rohani, Pembangunan Kemasyarakatan dan Kecergasan Fizikal.


Fasa Pengenalan 
Program ini mempunyai empat fasa pelaksanaan iaitu "Fasa Pengenalan" yang bermula semenjak dilancarkan dan berakhir pada 31 Disember 1996 telah berjaya menampilkan satu kesedaran dan minat generasi muda mengenai peluang menyertai pelbagai aktiviti sembilan gaya hidup yang ditawarkan.


Fasa Pembangunan
 Melalui "Fasa Pembangunan" yang bermula para 1 Januari 1995 dan berakhir 31 Disember 1996, pelaksanaan program ini lebih menumpukan kepada pengisian program dengan lebih menjurus kepada kandungan program serta system pelaksanaan yang lebih berkesan dengan memberikan tumpuan kepada menangani masalah sosial remaja


Fasa Pemantapan
Di bawah "Fasa Pemantapan" yang bermula 1 Januari 1997 dan berakhir pada 31 Disember 2000, pelaksanaan program telah disusun semula di mana pelaksanaanya difokuskan mengikut sektor bagi meningkatkan liputan pelaksanaan program dan keberkesanan pembudayaan Gaya Hidup disamping memberi peluang penglibatan yang lebih luas kepada masyarakat dan secara langsung akan mempertingkatkan sokongan masyarakat kepada Program Rakan Muda. Pada masa yang sama just pemantapan Program Rakan Muda meningkatkan imej Program Rakan Muda sedia ada dengan melibatkan peranan 'role model' atau teladan dalam Program Rakan Muda. Ini bertujuan menggerakkan citarasa golongan muda kearah menyertai aktiviti Gaya Hidup yang proaktif dan produktif. Disamping itu juga penjanaan dan pengurusan aktiviti sukarelawan Rakan Muda diperkenalkan dengan memberi pengiktirafan dan insentif kepada golongan sukarelawan Rakan Muda yang komited dan terlibat dalam menganjurkan Program Rakan Muda. Selari dengan arus perkembangan teknologi terkini, Rakan Muda kini menonjolkan perubahan kepada imej baru melalui pembinaan rakan kongsi tulen di kalangan sektor swasta. IT turut menerapkan satu suntikan baru dengan terlancarnya laman web rasmi Rakan Muda


Fasa Pengembangan
 "Fasa Pengembangan" bermula pada 1 Januari 2001 dan akan berakhir pada 31 Disember 2005, Program Rakan Muda akan dikembangkan sehingga menjadi salah satu institusi sosial yang penting dan diiktiraf oleh masyarakat dengan kemudahan insfrastruktur Rakan Muda di seluruh negara yang lengkap. Pelaksanaan program fasa ini akan dilaksanakan oleh masyarakat di mana pengenalan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian dengan kehendak generasi muda semasa akan diadakan disamping mewujudkan program bercorak pengembangan di dalam pelbagai bidang baru selaras dengan pembangunan negara.


Rakan Muda Fasa II
 Pada 29 Mei 2007 Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Rakan Muda Fasa II di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Program Rakan Muda Fasa II merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development). Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial dan budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara. Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap. Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang di beri penekanan oleh kepimpinan negara. Rakan Muda Fasa II mengekalkan 8 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas. 8 Gaya Hidup tersebut adalah 
1)Wajadiri
2)Masyarakat
3)Cinta Alam
4)Wirausaha
5)Kecergasan
6)Seni Budaya
7)Inovasi
8)Remaja Siber



Disamping itu 3 program baru diperkenalkan bagi memperluaskan lagi skop Program Rakan Muda. Program berkenaan ialah
1) Sukarelawan
2)Wawasan Desa
3)Jiran Muda




SISTEM E-BELIA















                                           Anda berumur 15 hingga 40 tahun?
Daftarkan maklumat anda ke dalam pangkalan data maklumat belia.Anda akan menjadi kumpulan pertama mengetahui maklumat berkaitan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi dibawah kementerian belia dan sukan malaysia (KBS). Anda juga berpeluang menerima jemputan menyertai program-program KBS yang berhampiran dengan alamat anda dan juga mendapat maklumat berkaitan pembangunan ekonomi belia.
Daftar sekarang di http://interaktif.kbs.gov.my/E-BELIA/index1.php

Anda juga boleh mendaftar maklumat belia melalui capaian mygovernment portal di https://www.malaysia.gov.my/

Friday, 21 November 2014

Y-CENTRE KUCHING

Y-Centre Kuching -  Kementerian Belia Sukan Sarawak.




Y-Centre Kuching terletak di bangunan UTC Sarawak,Aras 2,Tingkat 5,Bukit Mata,Jalan Tunku Abdul Rahman,93100,Kuching,Sarawak. Dibuka setiap hari,
                                              Isnin- Ahad : 8.30pg -  8.30mlm
                                              Rehat           : 1.00ptg - 2.00ptg
                                                                  : 11.45pg - 2.15ptg
                                                  (Tutup pada Cuti Umum)







Y-Centre Kuching menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi seperti gymnasium,cyber cafe,pool,dart,chess,carrom dan putting golf.


                                                                                Pool

                                                                             Carrom

                                                                                Chess

                                                                             Golf Putting




Selain peralatan-peralatan gym yang baru dan moden,disini juga menyediakan bilik persalinan pakaian lelaki dan perempuan bagi memudahkan para pengunjung untuk menukar pakain mereka dengan selesa.Bayaran masuk bagi gymnasium ini adalah sebanyak RM3 untuk jam yang pertama dan tambahan RM1 untuk setiap jam berikutnya.

                                                                         













Di Y-Centre Kuching juga ada menawarkan beberapa kursus untuk para belia seperti berikut,

Program Latihan Membina Blog


                                                               Woman & Man Fitness Program

Sebarang pertanyaan mengenai sukan dan rekreasi serta kursus anjuran Y-Centre Kuching dan juga kursus anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sarawak boleh menghubungi ditalian
082 -243497