Saturday, 22 November 2014

     






           SUKAN PERMOTORAN"

  Pihak Malaysian Riders baru-baru ini telah berpeluang untuk berkampung selama 3 hari berturut-turut di litar Antarabangsa Sepang bagi membuat liputan mengenai secara khusus buat kejohanan SIC Ninja 250R Cup yang diwujudkan bagi menggantikan kategori sukan permotoran yang terdahulu dimana ia mengatasi sukan permotoran dengan mudah oleh jentera 2 lejang malaysia yang terkini... Namun kali ini kami tidak berminat untuk membincangkan tentang perkara sedemikian tetapi lebih kepada perkembangan yang sedang berlaku dalam arena sukan permotoran tanah air. Apa yang pasti, kami mendapati terdapat aura atau tenaga baru yang sedang membuat anjakan terhadap arena permotoran tempatan kini. Apa yang mendorong perkembangan ini berlaku dan perkembangan dari segi apa yang kami katakan ini??






Perkembangan yang dikatakan adalah dari segi kesedaran orang ramai terhadap pembanggunan sukan permotoran yang semakin serius dan mereka juga tidak lari daripada menyokong perkembangan tersebut. Apa yang pasti, orang ramai kini lebih tahu tentang kewujudan bakat-bakat tempatan yang berpotensi untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Mungkin secara terang-terangannya ia didorong oleh kejayaan dua pelumba negara yang berjaya membuktikan kualiti penunggang tempatan juga setanding penunggang luar seperti yang berlaku dalam kejohanan Moto3 dan Moto2 baru-baru ini. Ini dimana, kejayaan Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin untuk memberi saingan dan dalam satu masa mendahului perlumbaan sememangnya memberi semangat baru kepada sukan permotoran tempatan kini.
         



                                 nama;fifi
                              Atlet wanita muda bakat perlu asah lebih banyak lagi....
Namunbegitu, sukan permotoran khususnya 2 tayar ini masih memerlukan perhatian dari pihak yang berwajib atau berkemampuan untuk Namun membantu mengurangkan kos untuk bakat-bakat muda yang boleh dicungkil untuk berkembang. Kami memuji langkah yang diambil dari pihak SIC untuk menganjurkan kejohanan 250R Ninja Cup, namun masih banyak yang boleh diperbaiki agar ia menjadi satu platform yang mudah dan lebih mesra kos kepada bakat-bakat baru. Badan koperat juga perlu memberi perhatian terhadap pembanggunan industri sukan permotoran ini dan turut mengambil bahagian untuk menjayakannya. Namun, kami menegah sekeras-kerasnya kepada pihak-pihak ini agar tidak terlalu mementingkan pulangan dalam kadar segera kerana sukan ini perlukan bantuan yang konsisten berbanding bantuan besar yang hanya datang sekali sekala. Apa pun, kami dari pihak Malaysian Riders akan sentiasa menyokong industri sukan permotoran tempatan agar ia satu hari menjadi industri yang maju di Malaysia



selangor Motor Race Championship 2013 (SMR 2013) Track Day meneruskan perlumbaan musim ini dengan venue tumpuan di kawasan barat Negeri Selangor iaitu di Kompleks Sukan Kuala Selangor di atas permintaan tinggi oleh kelompok remaja dan peminat sukan lumba bermotorsikal tempatan. Atas usaha ini, secara lansung Majlis Daerah Kuala Selangor mempunyai satu mercu tanda dan tarikan pelancongan yang baru dan seterusnya menyumbang kepada hasil ekonomi daerah tersebut. Bagi musim 2013, pihak promoter SMR 2013 telah melaksanakan beberapa pembaharuan status, format dan sistem perlumbaan. Di antaranya, SMR 2013 telah dinaiktaraf kepada tahap perlumbaan Jemputan Antarabangsa (International by Invitation) dengan membenarkan pelumba-pelumba serta pasukan luar Negara terutamanya di sekitar Asia Tenggara. Selain itu, bilangan pusingan (laps) dalam satu-satu sessi perlumbaan telah ditambah kepada 30 pusingan bagi 3 kategori “Standard Modified” dan 33 pusingan bagi kategori “Marco Simoncelli Cup”. Dalam masa yang sama, pihak promoter telah menaikkan hadiah tunai kemenangan tertinggi iaitu RM 1,700 untuk setiap kategori “Standard Modified” dan RM 2,500 untuk kategori “Marco Simoncelli Cup”. Pengenalan peraturan “Standard Modified” bagi kategori SR 130 4T, SR 150 4T dan SR 150 2T telah berjaya mengatasi dilemma kos yang tinggi dalam sukan permotoran dua roda tanahair di mana peraturan tersebut telah berjaya meminimumkan kos pengubahsuain motorsikal 150cc ke bawah di antara RM 3,000 – RM 6,000 sahaja. Dengan perlaksanaan peraturan “Strip Engine” penganjur dapat memastikan perlumbaan dijalankan secara adil dan saksama. Bagi pelumba dan pasukan professional pula, pihak penganjur juga memperkenalkan kategori SR Marco Simoncelli Cup iaitu peraturan terbuka motorsikal empat lejang di bawah 150cc. Antara pasukan yang menyertai Selangor Motor Race pada musim yang adalah pasukan Motul Yamaha YY Phang, Ah Hong Yamaha Raceline, CK Racing dan Seng Motorsports



Dengan penglibatan MOTUL Malaysia sebagai penaja minyak pelincir rasmi, SMR 2013 menjanjikan aksi perlumbaan motorsikal tahap maksimum ekstrem dan lebih menarik untuk para pelumba, pasukan perlumbaan dan seterusnya kepada penonton. Dengan tagline “Racing Sampai Demam” iaitu format perlumbaan maksimum 30 pusingan untuk perlumbaan Heat 1 dan Heat 2 serta 33 pusingan untuk Final Premier, ia telah berjaya menarik penyertaan dari seluruh Negara terutamanya Negeri Selangor. Penyertaan SMR 2013 track day ialah seramai 37 pelumba baru dan lama manakala telah berjaya menarik 2,000 pengunjung tempatan mahupun luar tempatan. Kejuaraan SMR 2013 telah diisi oleh muka lama dan juga muka baru. Bagi perlumbaan Final kategori SS 130 4T telah dimenangi oleh pelumba muda Adik Amirul Hakim Mohd Rizal (15 tahun) diikuti oleh Adik Muhammad Ilyas Ahmad Fuad (16 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Adik Azroy Hakeem Anuar (14 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh En. Dahari Embong, Pengerusi Kelab DACS Selangor. Bagi kategori SS 150 4T pula, Juara telah diungguli oleh Saudara Mohd Emy Nordin Ahmad (27 tahun), naib juara oleh Mohd Shahriman Mohd Yusop (34 tahun) dan ketiga dimenangi oleh Mohamed Fizwan Ridwan (28 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Kassim, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jeram. Seterusnya bagi kategori SS 150 2T, Juara telah disandang oleh jaguh perlumbaan 2 lejang tempatan iaitu Mohamad Kanafi Bin Kamarudin (31 tahun), diikuti rapat oleh Ustaz Muhammad Imran Zulkafli (29 tahun) dan ketiga oleh Mohd Hyzat Fandi (25 tahun). Cenderahati berupa baju rasmi perlumbaan SMR 2013 dan wang saguhati disampaikan oleh Saudara Khairul Hafiz Salihin, Pengerusi Kelab ARC Selangor

No comments:

Post a Comment